Want your
own Fotopage?








 
che wan photoblog - kamera chap ayam owner
IMG_0685 copy
By: wong ah yie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 1-Aug-2008 03:37 Email | Share | | Bookmark
hari lahir

 


Quote:
hari ni hari lahir saya yang ke-25.
terima kasih banyak pada yang menghantar sms/email doa2 kalian.

setiap tahun pada tarikh ini, saya tidak pernah impikan untuk menyambut hari lahir atau menagih hadiah dari kawan kawan.
doa kalian sudah cukup bermakna buat saya.

sudah 25 tahun Allah bagi saya peluang untuk bernafas, makan dan minum.
genap 25 tahun dari tarikh ibu lahirkan saya.
ibu juga antara idola saya.
sifat tegas dan tabah dia buat saya kagum.


Quote:
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..



Quote:
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya.
Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Add comment


Thursday, 31-Jul-2008 09:04 Email | Share | | Bookmark
ayah dan ibu

 


Quote:
Ibu….
Engkau telah mempertaruhkan dua nyawamu
atau engkau akan kehilanganku
dan ayah….
Engkau telah membantu ibuku merawatku,
mendidikku, dan membesarkanku
Terima kasih atas segala kehormatan kalian
untuk menjadikanku anakmu
Oh….
Ibu dan ayah….
Aku sangat berterima kasih kepadamu
Maafkan aku bila aku salah padamu

Karya : Tami, Siswa Kelas IV Ali SDIT Al Furqon Palembang

Add comment


Wednesday, 30-Jul-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
3 generasi

 


Quote:
motor kapcai lampu bulat itu satu memori bagi saya.
ayah hantar kami lima beradik ke sekolah dengan motor tua itu.
saya sangat malu bila ayah hantar saya ke sekolah dengan motor tua itu masa saya belajar di sekolah elit (Sultan Ismail College) sedangkan kawan kawan yang lain dihantar dengan MB, BMW dll.
dewasa ini, saya sesal dan sangat berdosa pada ayah saya.
hujan panas ayah setia menunggu dengan motor tua itu.
ayah tanya,
"basah ke?duk rapat rapat."
sedangkan ayah sendiri lenjun dibasahi hujan.
sekarang, saya rindu saat saat itu.
kalau boleh hari hari saya nak naik motor dengan ayah.

basikal kat belakang tu teman setia saya dari form 3 hingga form 5.
kubur dan hutan rimba adalah laluan saya ke sekolah.

motor ex5 merah pula teman saya masa belajar di uitm.

tiga generasi memori indah bagi saya.


salam perkenalan.....
>>sedihnyer...terharu la pulak. terigt jugak zaman skolah dolu2...quote tu sesuai utk memuhasabahkan diri
Wed 30-Jul-2008 08:29
Posted by:rose_emely  - [Link]
itulah pengalaman yang akan mematangkan kita.......lebih baik kita sedar dari terus lena........ Wed 30-Jul-2008 13:28
Posted by:ijulabi  - [Link]
bila dah besar panjang ni baru mengerti erti susah payah menjadi seorang ayah..
walau hanya itu yang dia mampu janji anak2 pandai berlajar..
kenangan itu sebenarnya lebih mahal dari kete BMW, mercedes dan sebagainya..
Tue 5-Aug-2008 05:53
Posted by:mshafie  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 30-Jul-2008 01:53 Email | Share | | Bookmark
lomo

 


Quote:
saya sangat tertarik dengan hasil lomography.
tapi belum berkesempatan lagi untuk memiliki sebuah kamera lomo walaupun harganya jauh lebih murah kalau nak dibandingkan kamera dslr yang mencecah ribuan ringgit.
saya cuba edit gambar dari kamera chap ayam ini dengan sedikit sentuhan lomography untuk tatapan dan kritis semua.

saya tak berapa mahr dengan lomography..tapi kabenyakan yang saya lihat lebih kurang macam encik punya gambo... Wed 30-Jul-2008 02:06
Posted by:mshafie  - [Link]
Saya pun sebenarnya haram tak tau 'lomo' tu ape...tapi bunyi nye macam nama makanan pulak Mon 11-Aug-2008 07:48
Posted by:DyllaDylla
Add comment


Wednesday, 30-Jul-2008 00:32 Email | Share | | Bookmark
aku dan dia

 


Quote:
saya akan berkahwin pertengahan bulan 8 nanti.
tunggu je saya update entri kad jemputan.


Quote:
oh ye.gambar makro ini hasil eksperimentasi menggunakan lensa 50mm sahaja.menarik bukan.lensa murah juga mampu menghasilkan gambar makro.

Add comment


Monday, 28-Jul-2008 04:33 Email | Share | | Bookmark
malu

 


Quote:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Ele²...tetomei nyer... Mon 28-Jul-2008 09:31
Posted by:DyllaDylla
x cayalah cap ayam..gambar cun tu...editing pun mantap

pakej fotografi perkahwinan
kualiti profesional pada harga yang anda takkan percaya!!

http://fotokasih.fotopages.com
http://fotokasih.blogspot.com
Mon 28-Jul-2008 11:04
Posted by:fotokasih
Add comment


Monday, 28-Jul-2008 01:11 Email | Share | | Bookmark
aqif

 


Quote:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”

innocent...
Btw, utk kesihatan n kecantikan optimum, jom jenguk page saya at http://hannazenterprise.fotopages.com
TQVM!
Mon 28-Jul-2008 01:50
Posted by:hannaz
betoi ka cap ayam.? macam best ja gambar2.... Mon 28-Jul-2008 03:35
Posted by:maylique  - [Link]
betui.
cap ayam.
orang orang di luar sana dah buat tukun dah kamera ni.
Mon 28-Jul-2008 04:54
Posted by:encikayie  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Jul-2008 01:07 Email | Share | | Bookmark
ombak

 


Quote:

Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

~ A.Samad Said

Cantik pemandangan perkampungan nelayan,apa yang menarik bila shoot perkampungan nelayan secara langsung akan menimbulkan mood yang medamaikan ......hati Mon 28-Jul-2008 08:23
Posted by:www.mohdroslee.com
Add comment


Monday, 28-Jul-2008 01:01 Email | Share | | Bookmark
hujung waktu

 


Quote:
Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

A. Samad Said
(Benih Semalu)

salam bro...
biar cap ayam yg penting tahu menggunakannya....... canggih sgt pun x guna kalau x rheti nak pakai
anyway nic pic & angle
teruskan berkarya
Mon 28-Jul-2008 07:05
Posted by:pemburu  - [Link]
salam bro...
biar cap ayam yg penting tahu menggunakannya....... canggih sgt pun x guna kalau x rheti nak pakai
anyway nic pic & angle
teruskan berkarya
Mon 28-Jul-2008 07:05
Posted by:pemburu  - [Link]
perghh HDR tu...mantap2

pakej fotografi perkahwinan
kualiti profesional pada harga yang anda takkan percaya!!

http://fotokasih.fotopages.com
http://fotokasih.blogspot.com
Mon 28-Jul-2008 11:06
Posted by:fotokasih
View all 4 comments Add comment


Monday, 28-Jul-2008 00:55 Email | Share | | Bookmark
hidup bersama

 


Quote:
Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

~ A Samad Said

Hmm...rasa tak sabar² nak balik kampung raya nie...hukhukhuk...rindu lak kat sungai Mak Tok kita... Mon 28-Jul-2008 09:35
Posted by:DyllaDylla
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com